BERLANGSUNGNYA PENGAJIAN ALQURAN INI ADALAH HASIL DARI SEKECIL-KECIL INFAQ IKHLAS ANDA SEMUA

InsyaAllah, pengajian kelas alquran online ini bukan saja akan dihiasi dengan alunan Al-Quran, tetapi di sini juga akan dilimpahi dengan taburan pahala yang disemai oleh anda semua. Bertuahnya yang telah bersama, moga setiap saat ianya diimarahkan, setiap detik itu juga pahalanya mengalir terus dalam saham akhirat anda.

AYUH MENAJA KE DANA INSTITUSI PENGAJIAN ALQURAN,
KITAB & HADITH (IPAKH) SAHABAT AT TAQWA

RM1,800,000 dana tahunan diperlukan untuk kelangsungan Institusi Pengajian Alquran, Kitab & Hadith (IPAKH) Sahabat At Taqwa . MasyaAllah.. Anda mungkin tak mampu nak bina sebuah tahfiz. Namun, dengan tajaan pengajian alquran yang anda keluarkan serendah RM20 ini, siapa tahu boleh melahirkan bukan sahaja satu atau dua, malah mungkin ribuan pembaca AlQuran yang fasih dari serata Malaysia, Sabah Sarawak serta Singapore kelak, hasil dari tajaan ikhlas anda hari ini. InsyaAllah.




Institusi Pengajian Alquran, Kitab & Hadith (IPAKH) Sahabat At Taqwa adalah pusat pengajian khas untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk belajar betulkan alquran secara berhadapan dengan guru quran.  


Jadi, IPAKH Sahabat At Taqwa adalah pusat pengajian yang akan membantu golongan ibu-ibu yang ada anak kecil, warga emas yang tidak mampu dari segi kewangan serta kudrat, dan sesiapa sahaja yang bersungguh untuk dibaiki bacaan alqurannya, maka tajaan tuan puan adalah untuk mereka. InsyaAllah pahala jariah tuan puan sangat besar.

NAMUN, DANA & BELANJA

UNTUK TAJAAN MASIH TIDAK MENCUKUPI..

Akibat kekurangan dana & tajaan, pihak IPAKH Sahabat At Taqwa masih belum mampu untuk menyediakan prasarana dan kelengkapan yang baik dalam pengajian secara online ini. Banyak Kelengkapan, keperluan untuk sesi online,

gaji guru guru alquran dan ustaz serta kemudahan yang masih dalam perancangan.



Kami merupakan organisasi yang 100% tidak mendapat tajaan daripada kerajaan atau mana-mana pihak berwajib. Pelajar-pelajar kami pula majoritinya terdiri daripada surirumah, ibu ibu, dan warga emas yang berpendapatan rendah . Mereka ini mendapat tajaan penuh dari penyumbang budiman seperti tuan puan yang membantu IPAKH Sahabat At Taqwa DEMI UMMAH CELIK ALQURAN .


Hasil dari sumbangan penaja sebelum ini, dapatlah kami meneruskan pengajian ini bersama 100 lebih pelajar. Namun.. Masih banyak lagi yang diperlukan,

t erutama untuk membayar elaun buat guru guru dan qariah kami seramai 31 orang dan elaun 9 Floor Manager yg menjaga mukasurat setiap pelajar setiap hari.

Alhamdulillah. Kini apa yg anda lihat ialah gambar ketika sesi pembelajaran di 11 kelas halaqah berbeza.

Terdapat 4 kelas kanak kanak. Yg paling menyentuh hati ialah adik Haziq Ghadi dari Sabah yg mengaji Iqra' bercahayakan lampu yg suram di dalam kereta.

Sudikah anda berkongsi rezeki demi membangunkan generasi anak cucu cicit kita bakal tentera Imam Mahdi yg celik Al Quran ini?

Ayuh kita transfer DUIT dunia kita untuk menjadi MATA WANG akhirat..


JUMLAH DANA TERKUMPUL SETAKAT INI HANYA RM20,000 


TETAPI KOS DIPERLUKAN BULANAN ADALAH RM150,000..


BAKI DIPERLUKAN RM130,000..



Senarai Kelas IPAKH Sahabat At Taqwa


Halaqah Mengaji Dewasa

Halaqah Iqra' Dewasa

Halaqah Mengaji Kanak² Halaqah Iqra' Kanak² Kelas Tadabbur AlQuran Kelas Kitab Munyatul Musalli Kelas Hadith 40 di Alam Barzakh Kelas Tajweed Slot bual bicara persoalan agama Slot bacaan surah amalan (7surah) setiap malam Slot bacaan surah alwaqiah setiap pagi dan surah alkahfi ( setiap jumaat)


Firman Allah SWT: “Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit waktu lagi, supaya aku dapat bersedekah.” 

[ Surah al-Munafiqun: 10]


KAMI MERANCANG UNTUK MEMBANTU LEBIH RAMAI PELAJAR DEWASA YANG MEMERLUKAN SEPERTI KAK ANNE, SERTA

PELAJAR KANAK KANAK SEPERTI ADIK HAZIQ INI, DI SELURUH MALAYSIA, SABAH SARAWAK & SINGAPORE.

KAMI MEMERLUKAN TUAN/PUAN YANG BUDIMAN BANTU KAMI MEREALISASIKAN INSTITUSI PENGAJIAN ALQURAN,KITAB & HADIS INI..


Bayangkanlah, mereka ini membaca Al Quran setiap hari, dan setiap hari itu jugalah para penaja budiman menjana pasif pahala akhirat. Kelas Pengajian IPAKH tiada hari cuti, para pelajar mengaji 30-31 hari sebulan. Mashaa Allah. Moga menjana keberkatan berpanjangan buat para penaja ketika hidup dan apabila kembali ke rahmatullah, berpindah ke alam barzah, menjadi satu cabang pencen kubur yang lebat melalui ilmu yg dimanfaatkan. Ayuh bantu kami SEGERA untuk merealisasikan IMPIAN BESAR MENEMPAH PENCEN KUBUR ini. Jom kita infaq sebelum ajal tiba.


“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

[Riwayat Muslim (4689)]



BAYANGKAN.. HASIL DARI SUMBANGAN ANDA INI 



Tuan/Puan, j om kami bantu anda kumpul saham akhirat. Salurkan sumbangan untuk kami bantu Insitusi Pengajian Alquran, Kitab & Hadis (IPAKH) Sahabat At Taqwa. 


REBUT PELUANG MELAHIRKAN PARA PENCINTA ALQURAN SERAMAI MUNGKIN. INILAH PELABURAN BIJAK UNTUK AKHIRAT KITA.



BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun pakej seperti di bawah:

1. PAKEJ TAJAAN DIRI + IBU AYAH + MERTUA - RM 100

2. PAKEJ TAJAAN DIRI + IBU AYAH - RM5O

3. PAKEJ TAJAAN DIRI - RM 10

Nota : Sila sertakan nama arwah yg telah kembali ke Rahmatullah utk disebutkan ketika majlis bacaan Yaasin dlm Nota Bayaran.